Friday, 29 July 2011

Perkara kecil yang menjadi remeh dan enteng

Bismillahirrahmanirrahim...
Jika ditanya, bagaimana Islam itu? Bagaimanakah wajah umatnya? Apakah prinsip-prinsipnya? Ya, dengan mudahnya mereka akan menjawab, seorang MUSLIM itu yang telah mengucapkan syahadah, ataupun seorang yang sudah lama ISLAM menerusi warisannya.  Seorang MUSLIM itu biasanya bertudung, solat, menunaikan haji dan berzakat.  Seorang MUSLIM itu biasanya beriman kepada ALLAH.

Ya, jawapan-jawapan ini sememangnya tertulis di buku-buku pengajian agama yang suatu ketika dulu kita baca dan hafal semata-mata kerana peperiksaan.  Bicaraku pada sesi ini  bukanlah melibatkan RUKUN IMAN dan ISLAM yang seharusnya diketahui seorang MUSLIM itu. Bicaraku kali ini berkaitan sejauh mana seorang MUSLIM itu menyelaraskan dirinya sebagai seorang MUSLIM.

Terdapat beberapa perkara dalam kehidupan MUSLIM itu tidak diendahkan, malah dipinggirkan dengan sengaja walau mereka tahu.  Amat sedih untuk melihat perkara-perkara sebegini berlaku saban hari di depan mata.  Sekalipun aku cuba untuk menerangkan, mereka hanya akan berkata: Oh, begitu?.  Selepas itu, mereka lupa dan meminggirkan apa yang aku cuba luahkan.

Beberapa perkara yang selalunya menjadi keringanan kebanyakan adalah:
1. Aurat
2. Ikhtilat
3.Halal Haram makanan
4.Solat
5. Menjadi bodoh disebabkan kejahilan yang tidak diakuinya.